Sunday, August 7, 2011

Bantu Kanak-kanak dua kemaluan


Marzuki Rani menunjukkan kesan pembedahan anaknnya, Muhammad Aidiel Ashraf Mustaqin yang mempunyai dua jantina dan menderita penyakit ketumbuhan dalam buah pinggang di Kampung Seberang Tuan Chik Haji Kuala Terengganu, semalam. - MINGGUAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA TERENGGANU 6 Ogos - Kelahiran Muhammad Aidiel Ashraf Mustaqin, 5, membawa kejutan bagi ibu bapanya serta dugaan yang mencabar mereka.

Muhammad Aidiel, anak ke-11 daripada 12 beradik, dilahirkan khunsa dengan memiliki dua kemaluan, namun persoalan lebih besar ialah dia menderita penyakit ketumbuhan buah pinggang yang menyebabkan penglihatannya kini turut terjejas.

Bapanya, Marzuki Rani, 51, seorang nelayan dan ibunya, Rokiah Nasir, 41, seorang suri rumah perlu memberi tumpuan dan sebahagian besar perbelanjaan bagi menguruskan rawatan anak mereka itu.

Marzuki ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Tuan Chik Haji di sini semalam, menceritakan keresahannya berhadapan kekangan kewangan, apatah lagi dengan memiliki keluarga besar.

''Persiapan Hari Raya Aidilfitri tak diberi perhatian sangat, ala kadar sahaja. Tak ada lebihan wang untuk dibelanjakan lagi. Berapa sangatlah pendapatan sebagai nelayan," katanya.

Menurut Marzuki, dia buntu mengenangkan nasib dan masa depan anaknya itu sejak penyakitnya dikesan September tahun lalu dan sehingga kini telah berhabis berbelas ribu ringgit dalam menguruskan rawatan anaknya itu.

Muhammad Aidiel mula dikesan menghidap penyakit buah pinggang setelah mengalami kencing berdarah sebelum menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada November tahun lalu.

Berikutan itu, dia telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan ada ketumbuhan di dalam salah satu buah pinggangnya.

Menurut Marzuki, anaknya itu telah menjalani satu pembedahan dan dirawat dua bulan di hospital itu dan dalam tempoh itu dia serta isteri terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke HKL.

"Saya sudah tak ada duit lagi untuk tanggung semua ini. Sekarang kami terpaksa hantar dia (Muhammad Aidiel) menjalani rawatan kemoterapi di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) di Kota Bharu setiap minggu.

"Biasanya Muhammad Aidiel pergi ke HUSM pada setiap Khamis dan pulang semula ke rumah pada Ahad. Dia ke sana sambil diiringi isteri saya selain anak sulung, Nurul Adliana serta suaminya, Maroseh Yusof," ujarnya.

Mengenai dua alat jantina yang dimiliki Muhammad Aidiel itu, Marzuki berkata, dia dan isteri telah bersetuju untuk membolehkan anaknya itu menjalani pembedahan membuang alat kemaluan perempuan.

Isterinya, Rokiah berkata, langkah itu perlu demi masa depan Muhammad Aidiel selain mendapat persetujuan doktor yang merawatnya selain kesesuaian hormon kanak-kanak itu.

"Jika ikutkan doktor, dalam masa enam minggu lagi alat kemaluan perempuan Muhammad Aidiel akan dibuang dan dia tidak lagi ada dua jantina yang boleh mencelarukannya kelak," ujar Marzuki.

Marzuki bersyukur kerana bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400 sebulan dapat melegakan sedikit bebanannya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu, boleh mengunjungi keluarga Marzuki di alamat Lot 2628, Kampung Seberang Taman Chik Haji atau menerusi talian 019-9812337.

Saturday, April 24, 2010

Bayi sindrom Down perlu bantuan


KUCHING 23 April - Bayi berusia 11 bulan yang menghidapi penyakit sindrom Down dan juga masalah jantung berlubang sejak dilahirkan memohon bantuan sebanyak RM30,000 untuk kos pembedahan dan rawatan susulan.

Bayi malang itu, Nurul Elisa Abdul Razak dari Kampung Bako Tengah, dekat sini dijadualkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) minggu depan.

Ibunya, Normimi Omar, 38, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah jantung ketika dilahirkan.

Bagaimanapun menurutnya, ketika berusia lima bulan, Nurul Elisa mengalami masalah sukar bernafas selain kerap tidur, tidak aktif dan kurang mengeluarkan suara sebelum penyakitnya disedari dan disahkan oleh doktor.

''Saya tidak menyangka Nurul Elisa sakit memandangkan dia selalu tidur dan tidak aktif kerana saya beranggapan ia masalah normal memandangkan setiap bayi mempunyai perwatakan yang berbeza.

''Sebagai ibu pastinya sedih apabila mengetahui penyakit yang dihidapinya lebih-lebih lagi selepas melihat berat badannya susut dan memerlukan pemerhatian sepenuh masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Suaminya, Abdul Razak Munir, 39, hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan purata RM500 sebulan.

Pendapatan tersebut hanya cukup untuk perbelanjaan harian serta persekolahan tiga anaknya yang lain berusia tujuh hingga 12 tahun.

''Saya buntu apabila memikirkan kos perubatan yang tinggi untuk Nurul Elisa dan tidak tahu di mana pula hendak mencari sumber kewangan tersebut.

''Saya tidak mempunyai wang simpanan yang banyak dan isteri pula tidak bekerja," kata Abdul Razak.

Abdul Razak memberitahu, setakat ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan, namun, jumlahnya belum dapat dipastikan lagi.

Sehubungan itu, Abdul Razak berharap orang ramai yang prihatin dengan masalah menimpa Nurul Elisa tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga dan paling penting demi kesihatan anaknya itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 11013025643808 atau menghubungi talian 010-9688637 untuk maklumat lanjut. UTUSAN 24 April

Sunday, September 13, 2009

Bantulah Saudara Baru Kita

Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat. Ini memandangkan di dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.


Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.

Menurut Basir Hj Ismail, Setiausaha Agung Pembela, kami dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

“Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela, katanya.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan”.

Dari maklumat yang di terima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari. Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.
Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur 8 tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, saya tidak tahu nak buat apa-apa..kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit….susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah,”.

“Kalau ada masalah… saya mengadu kepada Hj Ibrahim Lai kerana dia adalah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (budha)”, katanya.

Katanya, rasa perit apabila memeluk agama Islam..keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam… tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya”.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera. Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, No Akaun Maybank : 1521 7003 1002 ataupun menghubunginya di talian : 019-514 7892. Kegterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail).


Thursday, August 27, 2009

'Pulanglah Fatin, mak rindukanmu'


KUALA KANGSAR - Seorang ibu tunggal merayu anak bongsunya, Fatin Erlina Ramli, 16, yang hilang sejak sembilan hari lalu supaya kembali semula ke pangkuan keluarga.

Menurut Normadiah Hamzah, 54, Fatin kali terakhir ditemui pada pagi 16 Ogos lalu selepas meminta izin untuk ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, di sini.

Dia semasa keluar dari rumah memakai kemeja T sekolah, bertudung putih, berseluar dan berkasut sukan.

Fatin bagaimanapun dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah pada pukul 5.30 petang ketika mahu mengambil basikalnya yang diletakkan berhampiran sebuah rumah selepas turun dari bas kira-kira 200 meter daripada jalan besar berhampiran kampungnya.

"Ketika dia turun dari bas, majikan saya ada ternampak dia mengambil basikalnya, begitu juga ada seorang mak cik turut mendakwa ternampak Fatin bersama basikalnya.

"Tetapi ketika mak cik menunggu dia di hentian bas selepas mendapati dia lewat pulang, basikal dia langsung tidak terusik," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
----------
- Rujuk di sini

Saturday, July 18, 2009

SAIF Terbakar

JERAI, Kedah, 18 Julai- Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak, dekat sini terbakar jam 10.00 pagi tadi (17 Julai) menyebabkan kerugian anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

Menurut Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad, kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah.

Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

Pihak Bomba dari Guar Chempedak dan bomba sukarela termasuk dari Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran dan berjayakan selamatkan bangunan surau serta asrama pelajar yang berada bersebelahan.

Menyedari kepulan asap yang tebal di bilik darjah selepas diberitahu pelajar, Musoddak yang berada di pejabat bergegas ke tempat tersebut dan mendapati api telah marak.

Katanya, pihak Lembaga tadbir mengadakan mesyuarat tergempat jam 1.00 petang tadi dan memutuskan memberi cuti kepada semua pelajar sehingga 27 Julai ini.

Dalam pada itu, ujarnya, bagi menggantikan dua buah bilik darjah yang musnah pihak sekolah akan memasang khemah sebagai bilik darjah sementara.

Sehubungan itu, tambahnya, pejabat sementara sekolah akan ditempat di tingkat bawah bangunan Tabung Haji yang bersebelahan dengan sekolah.

SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006.

Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf.

Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail (019- 4227323).

Wednesday, February 11, 2009

Untuk Palestine

Bagi pencinta keamanan dan kedamaian di Gaza yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diseru supaya terus menyumbang dana dan bantuan melalui Tabung Kemanusiaan Harakah yang dilancarkan sejak wilayah itu dilanda sengketa dan diganasi rejim zalim Zionis Israel.

Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamarudin Jaffar memaklumkan bahawa sejumlah RM498.174.36 berjaya dikutip melalui Tabung terbabit dan berharap agar sumbangan terus diterima daripada masyarakat prihatin di Malaysia.

Beliau menjelaskan dana kutipan tersebut akan diserahkan kepada kepada dua pemimpin Hamas iaitu Sami Abu Zuhri dan Dr. Abu Husam yang akan menemui PAS dan Harakah pada hari Khamis 12 Februari ini di Hotel Putra jam 12 tengah hari.

"Satu majlis akan diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur jam 12.00 tengah hari bagi meraikan kehadiran kedua-dua pemimpin Hamas itu dan penyerahan sumbangan dana tabung itu

"Selain itu kita juga mahu mendengar kisah sebenar kesengasaraan rakyat Palestin melalui mereka di samping berbincang dan berkongsi pandangan demi membantu meredakan sengketa yang dialami penduduk di sana sekaligus menyokong perjuangan Hamas yang mahu memerdekakan Palestin daripada cengkaman Israel," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net.

Buat masa ini, beliau memaklumkan sumbangan telah disalurkan secara berperingkat antaranya melalui Yayasan Amal Malaysia dan pimpinan PAS yang lebih awal tiba di sempadan Gaza ketika wilayah diserang secara bertalu-talu oleh tentera Israel dan sebelum gencatan senjata berlaku.

"Bagi pihak Harakah, saya merakam jutaan terima kasih yang tidak terhinga kepada semua yang telah menyumbang sehingga mendapat sambutan amat menggalakkan dan moga jasa baik masyarakat prihatin diganjar oleh Allah SWT.

"Sungguhpun begitu saya masih menyeru agar ahli PAS dan Pakatan Rakyat termasuk pencinta kedamaian dan keamanan di Gaza baik daripada umat Islam mahupun bukan untuk terus menyumbang kepada tabung berkenaan sebagai komitmen membantu rakan seperjuangan dalam Hamas dan rakyat Gaza yang diganasi rejim Zionis," katanya yang juga Setiausaha Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat berharap agar dana Tabung dapat ditingkatkan lagi supaya lebih banyak sumbangan dapat diberikan kepada dua pemimpin Hamas itu yang akan tiba di Malaysia dalam jangka masa terdekat. - azm

Hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298.

Monday, January 5, 2009

Pelancaran Khidmat Maya

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Saya merasakan dunia hari ini sudah berubah dari suasana hidup kita sebelum ini. Dunia hari ini dikuasai dengan teknologi tanpa sempadan yang amat menuntut kita untuk menguasai IT. Dalam usaha untuk menjadikan ummat Islam berkebajikan dan sejahtera, ada eloknya juga blog di gunakan untuk menghebahkan kesusahan rakyat marhain di negara ini agar dapat dibantu oleh insan-insan pemurah diruang maya ini.

Dengan kalimat agung, Bismilahirrahmannirrahim, saya melancarkan blog KHIDMAT MAYA, saya telah paparkan beberapa kesusahan rakyat serta bagaimana untuk menghulurkan bantuan yang mana anda bolehlah membantu sekadar yang mampu. Khidmat Maya menawarkan khidmat ini secara percuma dan bagi anda yang ingin menghebahkan sesuatu bolehlah ke blog tersebut atau emailkan kepada saya di khidmatmaya @ yahoo . com .(Anda rapatkan sendiri email ini). Antara khidmat yang boleh dipaparkan ialah :-

- Bantuan Kewangan
- Ibu Tunggal, Anak Yatim, Sakit, Kemalangan.
- Bantuan Kewangan pada yang sambung belajar
- Kanak-kanak Hilang
- Pembinaan sekolah agama dan juga Maahad tahfiz
- Dan apa sahaja yang bersesuaian….

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 Januari 2009
Kota Samarahan

Friday, January 2, 2009

Bantuan Sekolah Agama

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM (SRIDU)
Batu 3, Jalan Teluk Bagan, Tandop, 05400 Alor Star, Kedah
Tel : 04 7715639 Faks : 04 7716988
TAHAP PENGAJIAN : SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHUN 1-6.
MENYEDIAKAN PEPERIKSAAN UPSR .
SEBARANG SUMBANGAN AMAT DIALU-ALUKAN
NO AKAUN BIMB : 020111010020732

SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN (SAIF)
Guar Chempedak, 08800 Gurun, Kedah
Tel: 04 4619636 Faks : 04 4619637
Tahap Pengajian :
Tahun 1-6 . Pengajian bersepadu Agama dan Akademik
SEBARANG SUMBANGAN AMAT DIALU-ALUKAN
NO AKAUN BIMB : 02084010022217

Thursday, January 1, 2009

Perlu Bantuan : Remaja Hilang

FATIN NORREHAN BINTI AHMAD , 15 Tahun

KEPADA SESIAPA YANG TERLIHAT REMAJA DIATAS SILA HUBUNGI PN SITI HAWA BT MOHD NOOR
[H/P : 017 - 6844 503]

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu, 17/12/2008.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan sekelian.

Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd

Wednesday, December 24, 2008

Adik hilang: Rabiatul Adawiyah Bt Ngah - malaysiakini


Assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.

Sekian, terima kasih.

Yg m'mnta kerjasama