Wednesday, December 24, 2008

Adik hilang: Rabiatul Adawiyah Bt Ngah - malaysiakini


Assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.

Sekian, terima kasih.

Yg m'mnta kerjasama

Isteri merayu bantu suami


BALING 21 Dis. - Bekas operator kilang, Rosma Wahab, 35, merayu ihsan orang ramai untuk membantu suaminya, Ishak Awang, 42, yang menghidap penyakit jantung sejak lima tahun lalu, mendapatkan rawatan segera.

Rosma berkata, dia amat risaukan kesihatan Ishak yang sejak kebelakangan ini kerap mengalami demam dan sering pengsan secara tiba-tiba.

Menurutnya, suaminya kini tidak lagi berdaya untuk bergerak sehingga menyebabkan dia terpaksa memberi perhatian sepenuhnya terhadap Ishak.

"Suami saya sering demam dan akan pengsan kerana dia semakin tidak bermaya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemangi, Kupang dekat sini hari ini.

Ishak tidak lagi mampu menjalankan sebarang pekerjaan ekoran penyakitnya itu manakala Rosma pula terpaksa berhenti kerja sebagai operator kilang bagi menjaganya.

Pasangan suami isteri tersebut mempunyai tiga anak iaitu Mohamad Al Amin, 13; Nor Shahira, 8, dan Mohamad Syamil Ikhwan yang berusia setahun.

Mereka mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM35O sebulan sejak hampir setahun lalu.

Lebih memeritkan bagi keluarga itu apabila rumah yang didiami tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Menurut Rosma, mereka hanya mendapat bekalan air masyarakat manakala bekalan elektrik pula disambung dari rumah ahli keluarga yang jarak hampir 100 meter.

Tambahnya, keadaan semakin merumitkan kerana selain menghidap jantung, Ishak turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

"Suami saya terpaksa menerima rawatan setiap kali dia pengsan dan lemah menyebabkan kami terpaksa menggunakan sumber kewangan yang banyak bagi membolehkan Ishak mendapatkan rawatan," katanya.

Sehubungan itu, Rosma berharap penyakit yang sedang dihidapi suaminya itu segera menerima rawatan intensif daripada pihak berkenaan.

Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan kepada keluarga itu boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun GIRO Bank Simpanan Nasional Ishak Awang di nombor 02300-29-00016575-1.